The Red Giants

EN
MY
Selangor FC
SELANGOR FC
BERITA

#YoungGiants U20: Piala Presiden 2026 Membuka Tirai

Apr 17, 2026 - FAS

Skuad Selangor bawah 20 tahun akan memulakan kempen Piala Presiden pada 19 April ini selepas selesai menjalani pramusim sejak bulan Januari yang lalu.

Musim ini, 11 pasukan termasuk Selangor FC telah disenaraikan bertanding dalam Piala Presiden termasuk Johor Darul Ta’zim III, Terengganu FC B-20, Negeri Sembilan FC III, Akademi Mokhtar Dahari - AMD, Penang FC II, Kuching City FC, Sabah FC II, Kuala Lumpur FA, Kedah FA  dan MISC - Touchtronics FC.

Pasukan menyasarkan untuk memberikan saingan kompetitif dalam setiap perlawanan dalam usaha untuk mencapai prestasi terbaik bagi skuad Merah Kuning bawah 20 tahun. Saingan Piala Presiden juga menjadi platform penting dalam pembangunan pemain muda sebagai persediaan ke peringkat lebih tinggi bersama kelab Gergasi Merah.

Berikut merupakan jadual perlawanan skuad Selangor B20 bagi pusingan pertama Piala Presiden 2026:-

 

  • 19/04/2026, Stadium Mindef: SELANGOR FC lwn KEDAH FA
  • 10/05/2026, Stadium Mindef: SELANGOR FC lwn KUCHING CITY FC
  • 14/05/2026, Padang 10 AMD Gambang: AMD lwn SELANGOR FC
  • 20/06/2026, Stadium UiTM: MISC-TOUCHTRONICS FC lwn SELANGOR FC
  • 25/06/2026, Stadium Mindef -  SELANGOR FC lwn PENANG FC II
  • 01/07/2026, Stadium Bolasepak Cheras -  KUALA LUMPUR FA lwn SELANGOR FC
  • 08/07/2026, Stadium Mindef -  SELANGOR FC lwn SABAH FC II
  • 15/07/2026, Stadium Mini Kuala Pilah -  NEGERI SEMBILAN FC III lwn SELANGOR FC
  • 23/07/2026, Stadium MB Pasir Gudang -  JOHOR DT FC III lwn SELANGOR FC
  • 29/07/2026, Stadium Mindef -  SELANGOR FC lwn TERENGGANU FC U20

 

Musim ini, skuad Gergasi Merah B20 terus dikendalikan oleh Firdaus Tan Aziz bersama barisan pemain yang komited untuk memberikan yang terbaik buat kelab. Beberapa pemain dijangka menjadi tumpuan selepas mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang pramusim, termasuk Nabil Fitri yang mengetuai jentera serangan dengan etika kerja tinggi, kapten Mulia Hairi yang menjadi tonggak pertahanan dengan kepimpinan dan ketenangan, serta Danial Razali yang berperanan sebagai nadi pasukan di bahagian tengah dengan gabungan kekuatan fizikal dan kecerdikan permainan.

Turut melengkapkan kekuatan pasukan ialah Hafifi Muhtadee yang memberikan ancaman dari bahagian kiri dengan kepantasan dan kualiti hantaran, serta Rusyaidi Fahmi yang menyumbang dari segi ketenangan, disiplin taktikal dan posisi yang baik. Secara keseluruhan, lima pemain ini menjadi tulang belakang pasukan dalam mengimbangi kekuatan pertahanan, kawalan di tengah dan keupayaan serangan, sekali gus membentuk identiti serta memacu prestasi skuad musim ini.

Berikut adalah senarai pemain Selangor FC dalam Piala Presiden 2026:-

  • KETUA JURULATIH: FIRDAUS TAN AZIZ
  • PENJAGA GOL: NAUFAL SUKIMAN, ALIFF AIMAN & IRFAN AZZRAI.
  • PEMAIN PERTAHANAN: HELMI ISMAIL, SHAKIR NASIR, MULIA HAIRI, FAIZ DANIAL, DANIAL RAZALI, TUAN AMIRUL, AIREL HUSAINY, WAN RAIF, AIDIEL ZACHARIA, HAFIFI MUHTADEE & RYAN FAHREEN.
  • PEMAIN TENGAH: RYADY RAZIQ, DANIAL HQZEIRY, ADIB ENDY, NABIL FITRI, ZAINURHAKIMI ZAIN, MUAYYAD DAUD, SYAHMI ZUFAYRI, RUSYAIDI FAHMI, FARHAN MAZLAN & PUTERA HAIKAL.
  • PENYERANG: ADAM FITIRI, ADAM MIKAEEL, AIRIL IZZAN, TING TZE YOUNG, ANJASMIRZA SAHARUDIN, HATIF IRFAN, ZARUL AIDID & ABRISHAM FAZDIR

Pihak Pengurusan Selangor FC mengucapkan semoga berjaya kepada Firdaus Tan Aziz, barisan jurulatih, pegawai dan para pemain B20 bagi menjalani Piala Presiden musim baru ini.  Ayuh, skuad B20 Gergasi Merah!

Demi Kebanggaan!